Sunday, 30 September 2012

Eksperiment Hukum Tekanan

Inferen:
Tekanan  udara P, bergantung kepada suhu udara, T.

Hipotesis:
Apabila suhu udara bertambah, tekanan udara bertambah jika jisim dan isipadu udara adalah tetap.

Tujuan :
Untuk mengkaji hubungan antara tekanan dan suhu udara.

Pembolehubah:
Manipulasi: Suhu udara
Bergerakbalas: Tekanan udara
Tetap: Jisim, isipadu udara.

Radas dan bahan:
Kelalang bulat, termometer merkuri. Tolok Bourdon, penunu Bunsen, kaki tiga, dawai kasa, kaki retort, pengacau dan ais.

Penyediaan : 




Prosedur :
1. Radas disediakan seperti gambarajah.
2. Kelalang bulat direndamkan ke dalam air paip bersama ais dan dikacau secara berterusan sehingga suhu menjadi 30.0 oC
3. Hos getah disambungkan ke sebuah tolok Bordon dan tekanan udara diukur pada tolok.
4. Langkah 2 dan 3 diulangi dengan nilai suhu 40.0, 50.0, 60.0, 70.0 and 80.0 °C.
5. Semua keputusan dicatatkan di dalam jadual.
6. Graf  P  lawan T diplotkan.


Keputusan:


Suhu, θ (oC)
30.0
40.0
50.0
60.0
70.0
80.0
Tekanan, P (Pa)









 
Analisis:


Dari graf,
-          graf garis lurus didapati.
-          Apabila graf diekstrapolasi, tekanan udara,  P = 0 berlaku pada suhu gas, θ = -273 °C
-          Bila skala celcius ditukar kepada skala Kelvin, graf garis lurus terbentuk yang melalui asalan.

Kesimpulan:
Tekanan gas bagi suatu jisim tetap adalah berkadar langsung dengan suhu mutlaknya.
Hipotesis diterima.



Saturday, 4 August 2012

Eksperimen Hukum Charles


Inferen:
Isipadu udara, V bergantung kepada suhu udara, T.

Hipotesis:
Apabila suhu udara bertambah, isipadu udara bertambah jika jisim dan tekanan udara adalah tetap.

Tujuan :
Untuk mengkaji hubungan antara isipadu udara dan suhu.

Pembolehubah:
Manipulasi: suhu udara
Bergerakbalas: Isipadu udara
Tetap: Jisim, Tekanan udara.

Radas dan bahan:
Tiub kapilari, bikar tinggi, termometer, penunu bunsen, tripod, kasa dawai, kaki retort, merkuri atau asid sulfurik pekat, pengacau, pembaris, ais, getah.

Penyediaan:
Prosedur :
1. Radas disediakan seperti gambarajah di atas.
2. Udara yang akan diuji terperangkap di dalam tiub kapilari dengan menggunakan merkuri/asid sulfurik pekat.
3. Tiub kapilari dilekatkan pada pembaris menggunakan dua tali getah dan hujung bawah ruang udara dipastikan terletak pada tanda sifar pembaris.
4. Air dan ais dituangkan ke dalam bikar sehingga seluruh ruang udara tenggelam. Air dikacau sehingga suhu meningkat kepada 10.0 oC. Panjang ruang udara dan suhu air dicatatkan.
5. Air dipanaskan dengan perlahan sambil dikacau secara berterusan. Panjang ruang udara direkodkan pada setiap 10.0 oC sehingga suhu mencapai 90.0 oC.
6. Semua keputusan dicatatkan di dalam jadual.
7. Graf l lawan T diplotkan.


Keputusan:
 Analisis:
 Dari graf,
-          graf garis lurus didapati.
-          Apabila graf diekstrapolasi, panjang ruang udara,  l = 0 berlaku pada suhu gas, θ = -273 °C
-          Bila skala celcius ditukar kepada skala Kelvin, graf garis lurus terbentuk yang melalui asalan.
-          Panjang ruang udara terperangkap l (cm) adalah berkadar langsung dengan suhu, T (K).
-          Oleh kerana isipadu gas adalah berkadar langsung dengan panjang ruang udara menunjukkan isipadu gas adalah berkadar langsung dengan suhu mutlak.

Kesimpulan:
Isipadu gas bagi suatu jisim tetap adalah berkadar langsung dengan suhu mutlaknya.
Hipotesis diterima.