Inferen:
Isipadu udara, V bergantung kepada suhu udara, T.
Hipotesis:
Apabila suhu udara bertambah, isipadu udara bertambah jika
jisim dan tekanan udara adalah tetap.
Tujuan :
Untuk mengkaji hubungan antara isipadu udara dan suhu.
Pembolehubah:
Manipulasi: suhu udara
Bergerakbalas: Isipadu udara
Tetap: Jisim, Tekanan udara.
Radas dan bahan:
Tiub kapilari, bikar tinggi, termometer, penunu
bunsen, tripod, kasa dawai, kaki retort, merkuri atau asid sulfurik pekat,
pengacau, pembaris, ais, getah.
Penyediaan:
1. Radas disediakan seperti gambarajah di atas.
2. Udara yang akan diuji terperangkap di dalam tiub kapilari dengan menggunakan merkuri/asid sulfurik pekat.
3. Tiub kapilari dilekatkan pada pembaris menggunakan dua tali getah dan hujung bawah ruang udara dipastikan terletak pada tanda sifar pembaris.
4. Air dan ais dituangkan ke dalam bikar sehingga seluruh ruang udara tenggelam. Air dikacau sehingga suhu meningkat kepada 10.0 oC. Panjang ruang udara dan suhu air dicatatkan.
5. Air dipanaskan dengan perlahan sambil dikacau secara berterusan. Panjang ruang udara direkodkan pada setiap 10.0 oC sehingga suhu mencapai 90.0 oC.
6. Semua keputusan dicatatkan di dalam jadual.
7. Graf l lawan T diplotkan.
Keputusan:
Analisis:
Dari graf,
-
graf garis lurus didapati.
-
Apabila graf diekstrapolasi, panjang ruang udara, l =
0 berlaku pada suhu gas, θ = -273 °C
-
Bila skala celcius ditukar kepada skala Kelvin, graf
garis lurus terbentuk yang melalui asalan.
-
Panjang ruang udara terperangkap l (cm) adalah berkadar langsung dengan suhu, T (K).
-
Oleh kerana isipadu gas adalah berkadar langsung
dengan panjang ruang udara menunjukkan isipadu gas adalah berkadar langsung
dengan suhu mutlak.
Kesimpulan:
Isipadu gas bagi suatu jisim tetap adalah berkadar
langsung dengan suhu mutlaknya.
Hipotesis diterima.
Download Eksperimen Hukum Charles
No comments:
Post a Comment