Saturday, 4 August 2012

Eksperimen Hukum Boyle

Kaedah 1 : Mengubah isipadu gas untuk mengukur tekanan.

Inferen:
Tekanan udara bergantung kepada isipadu udara.

Hipotesis:
Apabila isipadu udara berkurang, tekanan bertambah, jika jisim dan suhu udara adalah tetap.

Tujuan :
Untuk mengkaji hubungan antara tekanan dan isipadu udara.

Pembolehubah:
Manipulasi: Isipadu udara dalam picagari
Bergerakbalas: Tekanan udara
Tetap: Jisim, suhu udara.

Radas dan bahan: Hos getah, tolok Bordon, picagari 100 cm3
Prosedur :
1. Radas disediakan seperti gambarajah di atas.
2. Hujung picagari dipasangkan dengan hos getah dan omboh ditekan supaya isipadu udara 100.0 cm3 pada tekanan atmosfera terperangkap di dalan picagari.
3. Hos getah disambungkan ke sebuah tolok Bordon dan tekanan udara diukur pada tolok.
4. Langkah 2 dan 3 diulangi dengan nilai isipadu udara 90.0 cm3, 80.0 cm3, 70.0 cm3 dan 60.0 cm3
5. Semua keputusan dicatatkan di dalam jadual.
6. Graf P lawan 1/V diplotkan.

Keputusan:
  
Analisis:
-          Graf garis lurus yang melalui asalan didapati.
-          Graf menunjukkan tekanan adalah berkadar songsang dengan isipadu gas.

Kesimpulan:

Tekanan gas adalah berkadar songsang dengan isipadu gas pada jisim dan suhu udara tetap.
Hipotesis diterima.

3 comments:

  1. Cikgu,
    saya ambik eksperimen Hukum Charles dan Boyle yee :)) Terima kasih banyak banyak ! semoga Allah merahmati cikgu sekeluarga ^^

    ReplyDelete
  2. Silakan, nati sy tambah Hukum Tekanan...

    ReplyDelete
  3. Could you please do an English version of this? Thank you :)

    ReplyDelete